hover animation preload

Website Malaysia kena serang!!!
by zamdotcom in

Hari ini aku nak cerita sikit pasal serangan cyber yang cuba menggodam beberapa website agensi kerajaan di Malaysia. Bermula dengan satu amaran dari anonymous beberapa hari yang lalu dan aku pasti ramai webmaster portal kerajaan mula cuak dan mencari jalan terbaik agar website mereka tidak dicerobohi dengan sewenang-wenangnya. Siapa anonymous ni masih lagi menjadi tanda tanya namun dengan amaran yang diberikan oleh anonymous ini sepatutnya kita tidak memandang rendah dengan mengambil sikap sambil lewa. Malah ada yang berkata website-website di Malaysia ini dilengkapi dengan Firewall yang terbaik dan tidak akan dapat dicerobohi dengan sewenang-wenangnya. Tak baik tau cakap besar ni, tuhan marah.

Sebelum tidur semalam sepatutnya aku patut shot beberapa gambar gerhana bulan yang dikatakan bermula dari pukul 1.30 pagi - 7.30 pagi, namun awan nano yang mendung membantutkan hajat aku (Eh..lari tajuk lak). Sebelum tidur semalam aku di updatekan dengan beberapa berita mengatakan bahawa beberapa portal kerajaan telah pun diceroboh. Aiseh, aku pelik la sebab si anonymous ni awal-awal dah bagitahu nak attack, takkan kita langsung tak ambil langkah-langkah berjaga-jaga? Owh aku lupa, diaorang kerja ikut office hour agaknya.


Malah hari ini bloomberg memberitahu sekurang-kurangnya lebih 50 website & portal di Malaysia telah di ceroboh. Dasyatnya, sampai 50 lebih kena hack? Apa dah jadi dengan Firewall yang dikatakan amat canggih dan sukar diceroboh? Tu la tak baik cakap besar ni. Kan dah kena?! Kadang-kadang terpanggil juga nak tanya, sejauh mana tahap internet security di Malaysia ni? Bukan apa, sekadar nak tahu.


Sebab sekarang ni rata-rata pengguna menggunakan perkhidmatan online untuk membuat sebarang pembayaran. Malah aku sendiri bayar bil-bil online je sekarang. Jadi kotak persoalannya disini, sejauh mana tingginya tahap keselamatan internet di Malaysia ini? Harap pihak-pihak tertentu mengambil tindakan segera bagi menangani masalah ini agar tidak berulang lagi. Harap ambillah iktibar dengan apa yang berlaku hari ini.

Bagi yang tidak tahu kenapa berlakunya serangan besar-besaran terhadap website dan portal Malaysia, aku cuba terangkan sedikit. Minggu lepas SKMM telah menyekat beberapa website filesharing seperti megaupload, fileserver, depositfiles dan sebagainya. Kalau pengguna free macam aku ni mungkinlah aku tak marah sangat kot sebab aku jarang guna perkhidmatan tersebut. Tapi, bagi yang selalu menggunakan perkhidmatan filesharing ni kebanyakkannya menjadi ahli yang berbayar. Bila sekatan keatas website ini dilakukan, sudah pasti ramai yang marah. Ye la, duit dah bayar untuk guna perkhidmatan filesharing tersebut tapi nak kena block. Mesti la diaorang marahkan?

Tujuan guna filesharing tersebut salah satunya sudah tentu la nak simpan file-file kerja mereka kat situ dan memudahkan mereka mengakses file-file tersebut pada bila-bila masa dan dimana jua. Dan sudah pasti file-file tersebut lebih mudah untuk di kongsi dengan rakan-rakan di alam maya. Dan banyak lagi la alasan lain yang anda boleh google nanti.

Di bawah ini aku letakkan contoh website & portal yang telah di ceroboh.



surat dari SKMM

Beberapa website & portal yang telah diceroboh.

tourmalaysia

mosti, uitm penang, politeknik pun kena hack.
Kebanyakkan dah dapat up balik.

2 komen:

Dee berkata...

kerajaan kita perasan kebal..tu pasallah..jgn budak2 yg apply poli and u tetiba x dpt offer sebab ni sudahlah..kesian dorang..

Cik Wanie Ghani berkata...

uish bahaya lah mcm nie kan,
rasa mcm x selamat sudah,
adakah angkara dari org dalam jugak ???
hurm....

Catat Ulasan