Hari ini aku terasa seperti mahu pergi ke pantai-pantai yang berhampiran kerana aku sangat memerlukan rehat yang secukupnya. Bila cerita tentang pantai, aku teringat pada ketika dahulu aku memang suka sangat pergi ke pantai. Tak kisah pantai apa pun janji ada ombak dan pantai. Aku lebih tenang dan aman bila dapat mendengar deruan ombak memukul pantai. Adakalanya bila hati ini terluka, dengan melihat pantai aku terasa sedikit terubat. Bila hati ini teringatkan seseorang pantailah tempat aku mencurah rindu...
Setiap kali melihat pantai, aku sangat kagum dan memuji kebesaran Ilahi, betapa indahnya alam ciptaanNya ini. Kita sebagai khalifah di muka bumi ini mestilah sentiasa menjaga keindahan dan kebersihan pantai kita ini. Akhir kata, jagalah kebersihan pantai kita. Sekian berita.
Lokasi : Batu Feringgi, Penang
1#

2#

5 komen:
suka gk tgk pantai dn laut....tmbh2 dgr deruan ombak membelai pantai....lama x lepak pantai le...
dah lama gue xgi sana...
heheheeee
rindunya nak pi Feringhi nie,
dah lama x pi sana,
huhuhuhuhu
bila nak bawa adik2 di kampung pergi ke pantai itu? :P
zura :
wah..minat kita sama ekk ^^ hehe
mie :
pegi lah mie..seronok tau
cikwanie :
memang best sgt..
salfiza :
pi pantai leman dah la..dekat ngan rumah..jimat belanja
Catat Ulasan
Catat Ulasan