hover animation preload

Pi Penang
by zamdotcom in

Pada cuti sekolah yang lalu, saya tidak cuti sekolah kerana saya bukanlah seorang budak sekolah lagi. Mereka yang cuti sekolah hanyalah adik-adik serta anak-anak saudara saya sahaja. Disebabkan sudah musim sekolah aku pun mengambil keputusan untuk bersiar-siar dihujung minggu yang lampau.

Setelah berbincang dengan lebih kurang akhirnya kami semua bersetuju untuk pergi bercuti ke Pulau Pinang. Walaupun bercuti hanya satu malam, namun banyak kenangan-kenangan manis yang dapat ditimba ketika berada di Pulau Mutiara itu.

Malah saya juga sempat memakan sepuas-puasnya nasi kandar ketika berada disana dan rasa nasi kandar di Pulau Pinang ternyata tidak sama dengan nasi kandar di Gombak. Pada hari berikutnya pula, awal-awal pagi lagi saya keluar untuk bersarapan di Pasar Gelugor. Ketika sampai dikawasan pasar tersebut, agak susah mencari parking kosong kerana terdapat begitu ramai orang yang pegi ke pasar dan juga medan selera. Mujur la ada juga tempat parking tidak jauh dari situ, lega rasanya.

Ketika sampai di medan selera, satu lagi hal juga terpaksa ditempuhi iaitu mencari meja kosong. Orang ramai yang berada di medan selera seperti tidak mahu pulang dan mujurlah tidak lama kemudian ada juga orang yang ada rumah hendak pulang ke rumahnya. Secara jujurnya ini adalah kali pertama aku memakan kuih yang di beri nama Serabai. Pasti ada yang tahu dan yang tak tahu seperti saya tidak mengapa kerana ada gambar yang bakal di selitkan di bahagian apendix nanti bagaimana rupa bentu kuih Serabai tersebut. Walaupun kuih itu namanya serabai, tetapi orang yang menjualnya tidaklah serabai mana malah berpakaian seorang peniaga yang amat kemas sekali. Bak kata orang, jangan pandang dari rupa sekali rasa kuih serabai 4 kali aku tambah sebab memang sedap sekali.

Selesai bersarapan pagi, kami bergerak pula ke kilang jeruk yang berada tidak jauh dari situ. Oleh kerana aku ini bukanlah peminat jeruk maka aku pun turut serta memeriahkan kilang jeruk tersebut. Sambil bertanya itu dan ini dan mereka-mereka yang lain telah selesai membeli akhirnya kami meneruskan perjalanan ke Batu Ferringhi. Sudah semestinya acara mandi akan dijalankan di pantai tersebut. Setelah memandikan diri masing-masing dengan jayanya akhirnya kami pun pulang ke tanah besar dengan menaiki feri.

Kami semua pun pulang dengan perasaan yang amat gembira sekali. Sekian.



ini la Kuih Serabai..sedap...


Sini pula kilang jeruk tersebut


Anak puteri cari anak raja naik buaian..


Acara yang tidak asing lagi jika berada di pantai


Model yang terpilih je yang boleh bergambar atas akar tu..


Atas Feri Pulau Undan


4 komen:

Gieyana berkata...

ramainya yg dtg Penang nie yer..Zam, camna nk buat kt hujung2 gambar tue kaler biru..gmbr kt pantai tue mmg cantik..:D

zamdotcom berkata...

Gieyana :
guna gardien tool pilih warna biru..pastu buka layer baru dan tarik kaler biru ikut citarasa kita..
lepas tu guna blending option pilih overlay...
last sekali baru guna burn tool kat penjuru2 tu.. ^^

Salfiza berkata...

wow,sy suka karangan kamu.mesti dapat A+!

Cik Wanie Ghani berkata...

amboi bercuti ke Penang yer,
wanie pun dah lama x pi Penang tau,
rindu nak pi sana lagi,

Catat Ulasan