Biasalah, di asrama program adik angkat, abang angkat dan kakak angkat sudah menjadi lumrah dan tidak terkecuali juga dengan asrama aku menginap. Koperasi asrama diletakkan pada blok asrama puteri dan kebiasaannya ada runner dari asrama putera yang akan pergi beli barang-barang di koperasi berkenaan pada sebelah malamnya. Kadang-kadang runner ini juga akan turut menjawat sebagai posmen karat bagi pasangan yang sedang bercinta ataupun program adik, abang, kakak angkat ini untuk berutus surat. Maklumlah, zaman dulu handphone tak ada lagi yang ada public phone saja.
Boleh dikatakan hampir setiap malam posmen karat ini akan menhantar surat-surat kepada sesiapa yang berkenaan (*tidak termasuk aku, sebab aku masa tu pemalu jadi tak ada siapa minat kat aku...huhuhu). Ramailah yang suka bila dapat surat dari seberang blok, ada yang tersengih, ada yang senyum, ada yang muram suram dan sebagainya lagilah.
Dari situlah timbulnya idea untuk membuat kad pesanan buatan sendiri. Berbekalkan duit yang tidak seberapa didalam poket aku beli beberapa keping kertas A4 yang berwarna-warni, market pen, magic color, gam, gunting dan sebagainya sebagai alatan untuk aku membuat kad kelak.
Dan sudah pasti aku membuat kad dengan 2-3 design yang berlainan sambil disulami dengan kata-kata romantis yang sudah pasti akan mencairkan hati si dia. hehehe...
Mangsa pertama aku namanya di rahsiakan sebab aku lupa nama betul beliau, dia ni selalu je kalau nak tulis surat kat awek dia, mesti nak suruh aku tolong karangkan. ** tapi dapat upah le bila buat karangan..tak ada yang free punya..hehehe
Aku pun dengan bangga menyuruh beliau pilih satu antara 3 keping kad dimeja aku untuk dikirimkan kepada aweksnya. Dengan harga yang mampu milik iaitu dengan harga RM1.00 sekeping maka bermulalah destinasi alam seni lukis aku di asrama tersebut. Selepas itu aku mempelbagaikan saiz kad tersebut kerana ada yang tidak mampu beli dengan harga RM1.00. Nak bagi kat awek pun berkirakan? Sejak itu perniagaan aku bertambah laris sehinggakan banyak permintaan yang terpaksa aku tolak.
Ada beberapa sketch book masa aku sekolah dulu hilang, sebab rumah kena banjir dan ada kat kawan-kawan yang simpan nak buat kenangan. Alhamdulillah hasil karya aku masih lagi menjadi tatapan mereka malah ada yang framekan karya aku dan aku amat berharap aku dapat melukis semula seperti biasa jika berkesempatan.
Ini salah satu karekter kartun yang selalu gak aku lukis....




2 komen:
sendiri yg lukis ka katun nie? Pandai lah!..:D
Gieyana :
lukis sendiri..rasanya budak tadika lukis lagi cantik..hehe
Catat Ulasan
Catat Ulasan