Agak seronok bila tengok gelagat anak-anak buah ketika berada di kampung sambil menge"shot" beberapa aksi candid untuk tatapan. Biasalah di tengah-tengah kota besar begini mana nak cari sawah padi? Tak hairanlah mengapa anak-anak buahku begitu teruja ketika sampai di kampung halaman ku, dan kebetulan pula sawah dibelakang rumah ku telah membuahkan padi.
Masing-masing dengan bersemangat waja mengajak aku pergi ke sawah sebab mereka mahu melihat sendiri bagaimana rupanya pokok padi. Sampai saja di sawah tersebut masing-masing seronok nak pegang pokok padi siap cabut pokok padi tersebut. Tak pe..biarkan je la, bukan selalu diaorang dapat tengok sawah padi yang berbuah. Aku pun memberi penerangan serba sedikit kepada anak-anak buah ku bagaimana beras yang di makan hari-hari di proses dari pokok padi tersebut. Terasa seperti pegawai MADA pula, padahal aku sendiri tak pernah buat sawah..hehe..cuma setakat tengok orang buat dan aku tahu la serba sedikit proses-prosesnya.
Apa yang aku ingat, ketika aku masih di sekolah rendah aku sempat juga merasa bermain lumpur di sawah pada hari menuai padi. Pada ketika itulah banyak ikan-ikan seperti sepat kedah, puyu, haruan dan lain-lain lagi sebagai hasil tangkapan. Berbekalkan sekarung guni baja dan serkap aku menjalankan misi tersebut dengan adik aku. Agak lumayan juga hasil tangkapan dan setelah hampir senja baru kami pulang kerumah. Rupa-rupanya kepulangan kami kerumah disambut meriah oleh rotan yang singgah dibelakang kami. Pedih rasanya, bergenang air mata dan terus lari masuk kedalam bilik air.
Apa tidaknya, dari hujung rambut sampai hujung kaki kami penuh dengan selut yang nampak mata dan gigi. Lagi satu, apa yang Abah marah sangat tu bukanlah pasal apa, sebab dalam sawah macam tu selain ikan...ular pun banyak juga...tapi kena rotan tu bukanlah titik akhir bagi kami untuk tidak turun menangkap ikan disawah. Cuma kami lakukan dengan cara yang bersih dan pastikan tidak dapat dikesan oleh Abah. Dan penting sekali balik awal kerumah sebelum Abah balik dari kerja. hehehe..
Jom tengok gelagat mereka dibawah...
Adib cuba mencapai pokok padi
Leka mengkaji dari mana datangnya beras
Si kecil ni pun sibuk juga nak tarik pokok padi..last-last




9 komen:
betui tu....kanak2 akan teruja bila blk kg kan..sbb kt kota mmg suasana lain bila di kg...di kg ni suasana tenang...damai.....kt kota kan knk2 tkurung sket..hehe
zura :
tu la..kesian kan?
Suasana kampung yang best ^^
kampung bila sedara amra datang dari jauh..
lagi best...
eheheheee
bestnya kampung ada bendang..pemandangan mesti cantik..biarlah budak2 tu adventure..jatuh dlm selut semua tu pengalaman..hehehe..
Eyra :
ya..memang best..teringat masa den mudo2 dulu..
Mie :
Lagi ramai lagi seronok Mie..hehe
Dee :
Pemandangan kat belakang rumah sy sekarang dh tak cantik la kak..banyak tanah bendang dh dinaikkan rumah teres..
sampai ati blk kg x bgtau wanie pun,
sedey lah mcm nie:(
Cik Wanie :
sebenarnya cerita ni dah lama..cuma baru rajin nk publish je..insyaAllah balik nnti sy mesti bgtau cikwanie punya.. ^^
sangat suka suasana kg..lucky still ada kg yg betul2 'pure' kg..still lg leh mandi sungai, panjat pokok n so on..syukur2..
suka betui kanak2 tue..:D
Catat Ulasan
Catat Ulasan