Hari ini nampaknya baru aku berkesempatan menjenguk semula ke sini. Kepala yang agak pening lalat di pagi isnin ini, serta kerja yang bertimbun sekarang ini amatlah diri ini tidak terdaya lagi hendak berblogging seperti biasa.
Rasanya sudah berapa minggu aku asyik mengadap notebook ni je, dan kalaulah notebook ini dapat bersuara sudah pasti ayat yang bakal diungkapkan "aku dah bosan asyik mengadap muka zam!! hahaha" mujurlah beliau tidak dapat bercakap...
Sudah pasti ini bukanlah kehendak diriku, dan bukan sengaja untuk tidak menjenguk kesini selalu..
Izinkan aku mengadap kerja yang menunggu dengan setianya diatas meja ini.
Apa yang penting?? Kerjasamaaaa











































